Ahad, 10 Januari 2016

Kecederaaan Lutut - Aku dan ACL (Part 1)

Sepanjang 33 tahun aku x pernah ambik tau apa itu kecederaan ACL tetapi tanggal 15.5.2015 setelah jatuh daripada lompatan semasa bermain bola jaring ianya menjadi igauan. Bayangkan selama ini kita boleh berjalan dengan sempurna tetiba Allah tarik nikmat itu sementara. 6 bulan aku tidak dapat berjalan dengan normal.
Di sini aku kongsikan sedikit maklumat mengenai kecederaan ACL. ACL adalah ligamen
hadapan yang menyokong sendi lutut manusia seperti gambah di bawah:-


Kecederaan yang dimaksudkan dan penting untuk diberi perhatian adalah kecederaan ligamen lutut ACL (anterior cruciate ligament atau ligamen krusiat hadapan).

Berbeza dengan kecederaan lain, umpamanya seperti kederaan ligamen buku lali (ankle) yang biasanya boleh sembuh dengan sendiri, ligamen ACL yang tercedera akan terkoyak dan terputus seperti tali guni dan tidak dapat sembuh dengan sendiri.

Tanpa ACL lutut akan mudah terkehel atau terpelecok dengan sendiri dan anda mungkin akan terjatuh secara tiba-tiba disebabkan ketidakstabilan sendi lutut. Tanpa ligamen ini aktiviti harian biasa yang tidak lasak seperti berjalan dan menaiki tangga atau sembahyang masih boleh dilakukan.

Bagi yang hanya terkoyak sedikit masih boleh berjalan tetapi memandangkan aku putus terus aku terus tidak boleh berjalan. 2 bulan berkerusi roda . Aku menjalani operation pertama (Scope) bagi membuang plika dan ligamen acl yang putus kerana ianya menyebabkan lutut aku lock dalam keadaan bengkok, tp mujur meniskus aku tiada cedera. Lepas operation pertama pada 8.7.2015 aku boleh jalan tetapi menggunakan dua tongkat. Diberi mc 2 bulan lagi sementara menuggu giliran operation bagi menggantikan ligamen ACL yang putus tu dan menjalani fisio terapi dalam tempoh itu untuk menguatkan otot yang telah mengecut dan lemah akibat lama tidak berjalan. Setelah 3 sessi fisioterapi kaki aku  kuat sedikit dan boleh menggunakan satu tongkat. 

Tanggal 13.9.2015 aku mendaftar masuk wad untuk operation ACL Reconstruction. Esok nya 14.9.2015 bermula jam 12.30 tgh aku disorong masuk ke bilik bedah. Operation ini mengambil masa 2 jam - 4 jam. Dibius separuh badan. Adoi,,,kali pertama bulan Julai yang lalu tidak lah sakit sangat doktor bius cucuk kat spine tp kali ni doktor bius yg lain buat agak kasar dan terasa kesakitannya sampai menitik la jugak air mata ni. Untuk operation kali ni doktor bius terlupa nak bagi ubat tidur so sepanjang operation berlangsung tu aku dengar semua perbualan doktor dan bunyi2 yg x nak aku dengar tu...huhuhuuhu so dengar la bunyi lutut aku digerudi dan diketuk ....pengalaman ni akan aku ingat seumur hidup..

Setelah selesai operation aku tidak dibenarkan bangun selama 6 jam . Pukul 6.30 ptg aku dah mula terasa sakit yang amat sangat kesan operation..pada ketika ni kesan bius sudah tiada.. so doktor memberikan morhpin untuk mgurangkan rasa sakit...malam tu mmg malam yg aku kira mlm myakitkan sehingga aku tidak dapat melelapkan mata ..pada mulanya aku x nak dah diberi morhpin tetapi tewas jugak pukul 3 pagi sekali lagi aku diberi morhpin utk mengurangkan rasa sakit ni.. Esoknya pukul 2 ptg di beri sekali lagi morhpin... so total 3 kali la aku dibawah kawalan dadah tu...huhuhuhu
Hari kedua 15.9.2015, doktor pakar fisio datang ajar senaman ringkas menggerakkan kaki yg sakit tu dan aku di ajar menggunakan tongkat bersama knee brace. Hari ketiga selepas operation balutan dibuka dan dibenarkan discharge. Kos pembedahan dan wad percuma sebab aku penjawat awam tp kos alatan pembedahan seperti drill, skru, knee brace,tongkat kena bayar dahulu sebanyak RM4,800.00 dan dituntut kemudian. Berikut ada beberapa aku share untuk tatapan semua..



gambar sejurus selesai pembedahan siap dipasang knee brace


ni la antara process pembedahan ACL Reconstuction


urat hamstrig yang menggantikan ligamen ACL



process ACL Reconstuction


3 hari selepas operation -  bukak balutan